PRIVASI ANDA.
Dikemaskini: 9 Oktober 2026
Siapa kami
Coways Malaysia (cowaysmalaysia.com) ialah pasukan Health Planner Coway yang membantu pelanggan memilih produk Coway dan memohon rental atau beli terus. Ini bukan laman web rasmi Coway (Malaysia) Sdn. Bhd.
Maklumat yang kami terima
Laman web ini tiada borang dan tidak meminta maklumat peribadi. Bila anda tekan butang WhatsApp, anda menghantar mesej terus kepada kami melalui WhatsApp. Kami menerima nama, nombor telefon dan apa sahaja yang anda kongsi dalam perbualan itu.
Cookies dan analitik
Kami guna Google Analytics dan, jika diaktifkan, Meta Pixel untuk memahami cara laman ini digunakan dan mengukur iklan, contohnya berapa ramai yang menekan butang WhatsApp. Alat ini menggunakan cookies dan tidak memberi kami nama atau nombor telefon anda. Anda boleh menyekat atau memadam cookies melalui tetapan pelayar anda.
Cara kami guna maklumat anda
Untuk menjawab soalan anda, menyemak kelayakan, menyediakan permohonan rental atau pembelian dengan Coway (Malaysia) Sdn. Bhd., dan mengatur pemasangan. Kami tidak menjual maklumat anda.
Perkongsian
Bila anda memohon, maklumat yang diperlukan dikongsi dengan Coway (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk memproses permohonan, pemasangan dan servis.
Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat anda yang ada pada kami. WhatsApp kami di 011-2079 9209.
