NOTIS PRIVASI

PRIVASI ANDA.

Dikemaskini: 27 Oktober 2026

Siapa kami

Coways Malaysia (cowaysmalaysia.com) ialah pasukan Health Planner Coway yang membantu pelanggan memilih produk Coway dan memohon rental atau beli terus. Ini bukan laman web rasmi Coway (Malaysia) Sdn. Bhd.

Maklumat yang kami terima

Laman web ini tidak menyimpan maklumat peribadi. Bila anda tekan butang WhatsApp, atau isi borang pesanan di halaman utama, anda menghantar mesej terus kepada kami melalui WhatsApp: borang itu hanya mengisi mesej tersebut dan tidak menghantar apa-apa ke laman web ini. Kami menerima nama, nombor telefon dan apa sahaja yang anda kongsi dalam perbualan itu.

Cookies dan analitik

Kami guna Google Analytics, TikTok Pixel dan, jika diaktifkan, Meta Pixel untuk memahami cara laman ini digunakan dan mengukur iklan, contohnya berapa ramai yang menekan butang WhatsApp. Alat ini menggunakan cookies dan tidak memberi kami nama atau nombor telefon anda. Bila anda tekan butang WhatsApp, pelayan kami juga memberitahu TikTok tentang klik itu, bersama alamat IP dan jenis pelayar anda, supaya TikTok boleh mengira hasil iklan kami. Kami juga simpan pilihan bahasa anda (EN atau BM) dalam cookie. Anda boleh menyekat atau memadam cookies melalui tetapan pelayar anda.

Cara kami guna maklumat anda

Untuk menjawab soalan anda, menyemak kelayakan, menyediakan permohonan rental atau pembelian dengan Coway (Malaysia) Sdn. Bhd., dan mengatur pemasangan. Kami tidak menjual maklumat anda.

Perkongsian

Bila anda memohon, maklumat yang diperlukan dikongsi dengan Coway (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk memproses permohonan, pemasangan dan servis.

Hak anda

Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat anda yang ada pada kami. WhatsApp kami di .

WhatsAppTENGOK BEZA MODEL

COMPARE DULU.

FIND MY COWAY / 2 SOALAN JE

NAK CARI
COWAY APA?

Pilih kategori dan had monthly selepas promo. Harga ikut model dan plan.

Nak upgrade apa?
Budget monthly selepas promo?