Coway / Water purifier

Neo Plus

Coway Neo Plus · CHP-264L

Penapis RO panas, sejuk dan biasa yang mudah guna: pusing knob, tekan tuas.

Air biasa
2.5 L
Air sejuk
2.3 L
Air panas
1.0 L
Penapisan
RO, 4 filter
PROMO RENTAL*RM20/bulan

7 bulan pertama · kemudian RM59/bulan

7+0 (7 Tahun) · Heart Service setiap 4 bulan

Pilih plan & harga
KENALI NEO PLUS

Apa yang
model ni buat?

Neo Plus ialah penapis air atas meja dengan tiga suhu: panas, sejuk dan biasa. Cara guna sangat ringkas, pusing knob ke suhu yang anda nak dan tekan tuas. Air ditapis melalui sistem Reverse Osmosis (RO) dengan filter anti-bakteria dalam tangki. Ada Eco Mode yang kurangkan operasi motor dan heater bila bilik gelap.

SESUAI UNTUK
  • Keluarga yang nak air panas dan sejuk dengan bajet sederhana
  • Warga emas atau sesiapa yang lebih selesa dengan knob dan tuas berbanding panel sentuh
Pusing knob Neo Plus untuk pilih suhu air
01

Tiga suhu, satu knob.

Panas, sejuk atau biasa. Pusing knob ke suhu yang dipilih, kemudian tekan tuas. Tiada menu, tiada skrin, semua orang di rumah boleh guna.

Eco Mode Neo Plus menjimatkan elektrik dalam gelap
02

Eco Mode jimat elektrik.

Bila keadaan sekeliling gelap, Eco Mode kurangkan kekerapan motor dan heater beroperasi secara automatik. Sesuai untuk waktu malam.

Tuas Neo Plus diangkat untuk aliran berterusan
03

Isi jag tanpa tekan lama.

Angkat tuas sehingga terkunci untuk aliran berterusan. Dulang bawah pula boleh ditanggalkan supaya jag atau botol tinggi muat.

Penunjuk paras air rendah Neo Plus

Penunjuk paras air rendah

Lampu beri amaran bila air dalam tangki rendah.

Child Safety Lock air panas Neo Plus

Child Safety Lock

Elak anak kecil tersentuh air panas secara tidak sengaja.

Faucet Neo Plus boleh ditanggalkan

Faucet boleh ditanggalkan

Pusing ikut arah jam untuk tanggalkan dan cuci.

DI DALAM MESIN

Langkah
penapisan.

Empat filter, enam langkah penapisan. Semua filter disahkan WQA dan langkah 1 hingga 5 menggunakan komponen yang disahkan NSF.

  1. Filter Plus Neo-Sense
    LANGKAH 1 & 2

    Plus Neo-Sense CNFN8S-PLUS

    Sediment + Pre-Carbon. Membuang zarah, klorin, sebatian organik meruap (VOC) serta bendasing organik dan bukan organik yang terlarut.

  2. Filter RO Membrane
    LANGKAH 3

    RO Membrane CRMFN8-50

    Membuang bahan cemar seperti logam berat, bahan kimia organik berbahaya, mikrob dan bahan radioaktif.

  3. Filter Plus Inno-Sense
    LANGKAH 4 & 5

    Plus Inno-Sense CIFN8-PLUS

    Post-Carbon + Fine. Mengurangkan bau dan memperbaiki rasa air.

  4. Filter Antibacterial
    LANGKAH 6

    Antibacterial

    Menghalang mikroorganisma membiak di dalam tangki air.

Bila filter ditukar?

FilterServis 2 bulanServis 4 bulan
Plus Neo-Sense6 bulan8 bulan
RO Membrane24 bulan24 bulan
Plus Inno-Sense18 bulan20 bulan
Antibacterial12 bulan12 bulan

Tempoh tukar filter berdasarkan penggunaan biasa. Kalau kualiti air atau penggunaan luar biasa, filter tambahan mungkin diperlukan dan boleh dikenakan caj.

PLAN & HARGA

PILIH PLAN.
HARGA TERUS NAMPAK.

Pilih tempoh kontrak dan jenis servis. Harga biasa dan promo ditunjuk berasingan, jadi anda tahu berapa bayaran selepas promo tamat.

Tengok semua harga plan
PlanServisHarga biasaPromo*
3+2 (5 Tahun)Heart Service setiap 2 bulanRM115.54/blnRM21.2/bln × 7 bln
5+0 (5 Tahun)Heart Service setiap 2 bulanRM89/blnRM20/bln × 7 bln
7+0 (7 Tahun)Heart Service setiap 2 bulanRM69/blnRM20/bln × 7 bln
3+2 (5 Tahun)Heart Service setiap 4 bulanRM104.94/blnRM21.2/bln × 7 bln
5+0 (5 Tahun)Heart Service setiap 4 bulanRM79/blnRM20/bln × 7 bln
7+0 (7 Tahun)Heart Service setiap 4 bulanRM59/blnRM20/bln × 7 bln
Beli terusHeart Service setiap 2 bulanRM3,640—
Beli terusHeart Service setiap 4 bulanRM3,440—
NEO PLUS / PILIHAN ANDA
Cara bayaran
Servis

CODY datang setiap 4 bulan. Monthly lebih rendah, jadual tukar filter sedikit berbeza.

Tempoh kontrak

Kontrak penuh 7 tahun. Tamat awal dikenakan penalti.

BULAN 1–7*RM20/bulan
MULAI BULAN 8RM59/bulan

7+0 (7 Tahun) · Heart Service setiap 4 bulan

Sewa bersama 1 lagi produk, bayar RM53 RM59/bulan mulai bulan 8 sampai habis kontrak.

Buat combo

Yuran pendaftaran rental: RM0. *Promo RM20/bulan (RM21.20 untuk plan 3+2) untuk 7 bulan pertama, rental sahaja, tertakluk kelayakan. Harga dan promo ikut terma semasa Coway Malaysia dan boleh berubah. Promo hanya untuk rental. Selepas tempoh promo, bayaran kembali kepada harga biasa plan yang dipilih.

SPESIFIKASI

SPECS
PENUH.

Ukuran dan maklumat teknikal daripada Coway Malaysia.

Lukisan dimensi Neo Plus
Model
Neo Plus (CHP-264L)
Warna
Putih
Kaedah penapisan
Reverse Osmosis
Kapasiti tangki
Biasa 2.5 L · Sejuk 2.3 L · Panas 1.0 L
Filter & tempoh tukar
Plus Neo-Sense 6–8 bulan · RO Membrane 24 bulan · Plus Inno-Sense 18–20 bulan · Antibacterial 12 bulan
Kuasa
Heater 300 W – 380 W · Compressor 0.7 A
Dimensi (W × D × H)
260 × 483 × 500 mm
Berat bersih
18.0 kg
SERVIS & WARANTI

Heart Service sepanjang kontrak

  • Rental termasuk Heart Service oleh CODY sepanjang tempoh kontrak: servis berkala, sanitasi dan tukar filter ikut jadual.
  • Pembaikan oleh Coway Technician dan alat ganti tanpa caj tambahan selagi pakej servis aktif.
  • Beli terus termasuk servis percuma untuk 12 bulan pertama. Selepas itu boleh langgan Service Membership.
SOALAN BIASA

TANYA DULU
SEBELUM PILIH.

Beza Heart Service 2 bulan dan 4 bulan?

Dengan servis 2 bulan, CODY datang lebih kerap dan filter Plus Neo-Sense ditukar setiap 6 bulan. Servis 4 bulan lebih jarang dan monthly RM10 lebih rendah, dengan Plus Neo-Sense ditukar setiap 8 bulan.

Promo RM20 tu untuk berapa lama?

Promo rental RM20 sebulan untuk 7 bulan pertama (RM21.20 untuk plan 3+2). Lepas itu bayaran ikut harga biasa plan yang dipilih. Beli terus tiada promo RM20.

Muat ke ruang dapur saya?

Lebar 260 mm, dalam 483 mm dan tinggi 500 mm, berat 18 kg. Pastikan ada soket elektrik dan sambungan paip air berdekatan.

Kalau beli terus berapa?

RM3,440 dengan Heart Service 4 bulan atau RM3,640 dengan Heart Service 2 bulan. Kedua-duanya termasuk servis untuk 12 bulan pertama, dan ada pilihan ansuran 0% sehingga 36 bulan.

Air panas selamat untuk rumah ada budak?

Ada Child Safety Lock untuk air panas, supaya tidak keluar secara tidak sengaja.

Sumber daripada Coway Malaysia, disemak 8 Oktober 2026:Coway Malaysia: Neo PlusCoway eMall: Neo PlusCoway Malaysia: FAQ
WhatsAppTENGOK BEZA MODEL

COMPARE DULU.

FIND MY COWAY / 2 SOALAN JE

NAK CARI
COWAY APA?

Pilih kategori dan had monthly selepas promo. Harga ikut model dan plan.

Nak upgrade apa?
Budget monthly selepas promo?