
Lima warna. Satu yang padan.
Peach Pink, Mint Green, Ciel Blue, Pebble Gray atau Porcelain White. Pilih ikut gaya dapur atau ruang anda.


Coway NeoN · CHP-6210N
Penapis air panas sejuk yang kompak, dengan 5 warna dan pilihan Self-Service.
7 bulan pertama · kemudian RM59/bulan
7+0 (7 Tahun) · Heart Service setiap 4 bulan
NeoN ialah penapis air atas meja yang kecil dan berwarna-warni. Air biasa keluar terus dari paip (direct flow), air sejuk 1.5 liter dan air panas 1.0 liter disimpan dalam tangki. Penapis Coway Nanotrap™ membantu mengurangkan virus dan bakteria. Ada pilihan Heart Service oleh CODY atau Self-Service, iaitu filter dihantar ke rumah ikut jadual dan anda tukar sendiri.

Peach Pink, Mint Green, Ciel Blue, Pebble Gray atau Porcelain White. Pilih ikut gaya dapur atau ruang anda.

Air panas, sejuk atau biasa keluar dengan satu tekan. Air biasa terus dari paip, jadi tiada tangki air biasa untuk ditunggu.

Pilih Self-Service dan filter dihantar ke rumah ikut kitaran tukar. Tukar sendiri, bayar monthly lebih rendah.

Aktifkan Eco Mode untuk guna tenaga minimum.

Kunci air panas daripada anak kecil. Tekan 3 saat untuk aktifkan.

Halakan air terus ke gelas atau botol tanpa tumpah.
Dua langkah penapisan dengan filter Coway Nanotrap™.

Liang bersaiz nanometer dengan salutan electrospun (gentian Nanoalumina 0.01μ). Daya elektromagnet positif menarik dan memerangkap virus dan bakteria sekecil 0.01 mikron.

Post-Carbon + Fine. Mengurangkan bau dan memperbaiki rasa air.
| Filter | Heart Service 4 bulan | Self-Service |
|---|---|---|
| Coway Nanotrap™ | 8 bulan | 8 bulan |
| Plus Inno-Sense (D) | 8 bulan | 8 bulan |
Tempoh tukar filter berdasarkan penggunaan biasa. Kalau kualiti air atau penggunaan luar biasa, filter tambahan mungkin diperlukan dan boleh dikenakan caj.



Pilih tempoh kontrak dan jenis servis. Harga biasa dan promo ditunjuk berasingan, jadi anda tahu berapa bayaran selepas promo tamat.
| Plan | Servis | Harga biasa | Promo* |
|---|---|---|---|
| 3+2 (5 Tahun) | Heart Service setiap 4 bulan | RM104.94/bln | RM21.2/bln × 7 bln |
| 5+0 (5 Tahun) | Heart Service setiap 4 bulan | RM79/bln | RM20/bln × 7 bln |
| 7+0 (7 Tahun) | Heart Service setiap 4 bulan | RM59/bln | RM20/bln × 7 bln |
| 3+2 (5 Tahun) | Self-Service | RM99.64/bln | RM21.2/bln × 7 bln |
| 5+0 (5 Tahun) | Self-Service | RM74/bln | RM20/bln × 7 bln |
| 7+0 (7 Tahun) | Self-Service | RM54/bln | RM20/bln × 7 bln |
| Beli terus | Heart Service setiap 4 bulan | RM3,600 | — |
| Beli terus | Self-Service | RM3,500 | — |
7+0 (7 Tahun) · Heart Service setiap 4 bulan · Peach Pink
Sewa bersama 1 lagi produk, bayar RM53 RM59/bulan mulai bulan 8 sampai habis kontrak.
Yuran pendaftaran rental: RM0. *Promo RM20/bulan (RM21.20 untuk plan 3+2) untuk 7 bulan pertama, rental sahaja, tertakluk kelayakan. Harga dan promo ikut terma semasa Coway Malaysia dan boleh berubah. Promo hanya untuk rental. Selepas tempoh promo, bayaran kembali kepada harga biasa plan yang dipilih.
Ukuran dan maklumat teknikal daripada Coway Malaysia.

Coway hantar filter ke rumah ikut kitaran tukar (8 bulan), dan anda tukar sendiri. Monthly Self-Service RM5 lebih rendah daripada Heart Service bagi tempoh yang sama.
Tiada. Air biasa keluar terus dari paip selepas ditapis (direct flow). Tangki hanya untuk air sejuk 1.5 L dan air panas 1.0 L.
Promo rental RM20 sebulan untuk 7 bulan pertama (RM21.20 untuk plan 3+2). Lepas itu bayaran ikut harga biasa plan yang dipilih. Beli terus tiada promo RM20.
Lebarnya cuma 195 mm, dalam 450 mm dan tinggi 405 mm, berat 15 kg. Pastikan ada soket elektrik dan sambungan paip air berdekatan.
RM3,600 dengan Heart Service 4 bulan, atau RM3,500 untuk Self-Service. Coway juga tawarkan ansuran 0% sehingga 36 bulan untuk beli terus.