
6-Sense AI Wash.
Masukkan baju, pilih program, tekan mula. 6-Sense AI Wash menyesuaikan basuhan ikut fabrik tanpa tetapan yang rumit.


Coway Washer Dryer 12/9kg · CWD12-ST017
Mesin basuh dan pengering 12/9 kg dengan 6-Sense AI Wash, AquaVortex™, MicroBubble™ dan Auto-Dose.
7 bulan pertama · kemudian RM89/bulan
7+0 (7 Tahun) · Heart Service
Washer Dryer 12/9kg ialah versi lebih besar dan lebih pintar. 6-Sense AI Wash menyesuaikan basuhan ikut fabrik, AquaVortex™ memberi 8 gaya gerakan dram, dan MicroBubble™ menembusi lapisan fabrik untuk mengangkat kotoran halus. Auto-Dose mengisi detergen secara automatik dan mengingatkan bila perlu ditambah. Dram 540 mm muat 12 kg basuhan dan 9 kg pengeringan.

Masukkan baju, pilih program, tekan mula. 6-Sense AI Wash menyesuaikan basuhan ikut fabrik tanpa tetapan yang rumit.

Lapan gerakan dram yang disesuaikan, keras pada kotoran tetapi lembut pada fabrik.

Buih mikroskopik menembusi lapisan fabrik untuk mengangkat kotoran yang tidak kelihatan.

Detergen diisi secara automatik untuk setiap beban, dengan peringatan bila perlu ditambah. Kekerapan tambah bergantung pada beban dan tetapan.

Gentle, Anti-Wrinkle, Easy Iron, Wearable dan Cupboard. Dram 540 mm muat beban lebih besar tanpa ambil ruang lebih. Motor DD Inverter lebih senyap, dengan waranti 10 tahun untuk motor.

Udara panas membantu membuang bau dan zarah, untuk beban sehingga 2 kg.

Untuk fabrik kapas, menurut Coway menghapuskan virus dan bakteria.

Nampak setiap sudut, tiada baju tertinggal.



Pilih tempoh kontrak dan jenis servis. Harga biasa dan promo ditunjuk berasingan, jadi anda tahu berapa bayaran selepas promo tamat.
| Plan | Servis | Harga biasa | Promo* |
|---|---|---|---|
| 3+2 (5 Tahun) | Heart Service | RM136.74/bln | RM21.2/bln × 7 bln |
| 5+0 (5 Tahun) | Heart Service | RM109/bln | RM20/bln × 7 bln |
| 7+0 (7 Tahun) | Heart Service | RM89/bln | RM20/bln × 7 bln |
| 3+2 (5 Tahun) | Self-Service | RM131.44/bln | RM21.2/bln × 7 bln |
| 5+0 (5 Tahun) | Self-Service | RM104/bln | RM20/bln × 7 bln |
| 7+0 (7 Tahun) | Self-Service | RM84/bln | RM20/bln × 7 bln |
| Beli terus | Heart Service | RM5,099 | — |
7+0 (7 Tahun) · Heart Service
Sewa bersama 1 lagi produk, bayar RM80 RM89/bulan mulai bulan 8 sampai habis kontrak.
Yuran pendaftaran rental: RM0. *Promo RM20/bulan (RM21.20 untuk plan 3+2) untuk 7 bulan pertama, rental sahaja, tertakluk kelayakan. Harga dan promo ikut terma semasa Coway Malaysia dan boleh berubah. Promo hanya untuk rental. Selepas tempoh promo, bayaran kembali kepada harga biasa plan yang dipilih.
Ukuran dan maklumat teknikal daripada Coway Malaysia.

Coway tidak menyatakan detergen khas. Isi takungan detergen dan mesin akan mengukur untuk setiap beban serta mengingatkan bila perlu ditambah.
Heart Service termasuk servis 7 langkah setiap 6 bulan dan laci detergen diganti setiap 24 bulan. Self-Service RM5 lebih rendah sebulan; butiran pakej kami sahkan semasa tempahan.
Promo rental RM20 sebulan untuk 7 bulan pertama (RM21.20 untuk plan 3+2). Lepas itu bayaran ikut harga biasa plan yang dipilih. Beli terus tiada promo RM20.
RM5,099 termasuk servis untuk 12 bulan pertama.
Saiz 600 × 618 × 850 mm, berat 73 kg. Perlu paip air masuk, saliran dan soket elektrik.