Coway / Water purifier

Cinnamon

Coway Cinnamon · P-6320R

Penapis RO air biasa yang kecil, dengan pam booster untuk aliran stabil walaupun tekanan air rendah.

Air biasa
5.0 L
Panas / sejuk
Tiada
Isipadu
250 / 500 / 1000 ml
Lebar
200 mm
PROMO RENTAL*RM20/bulan

7 bulan pertama · kemudian RM32/bulan

7+0 (7 Tahun) · Heart Service setiap 4 bulan

Pilih plan & harga
KENALI CINNAMON

Apa yang
model ni buat?

Cinnamon ialah penapis air RO untuk air biasa sahaja, tanpa panas dan sejuk. Saiznya kecil dan langsing, lebar 200 mm, jadi muat di kaunter sempit. Pam booster dalaman membantu air keluar dengan stabil walaupun tekanan air di rumah rendah. Pilih isipadu 250 ml, 500 ml atau 1,000 ml dengan satu sentuhan.

SESUAI UNTUK
  • Rumah atau apartmen yang cuma perlukan air minuman biasa
  • Kawasan dengan tekanan air paip yang rendah
Coway Cinnamon di kaunter dapur
01

Aliran stabil dengan booster.

Pam booster dalaman membantu Cinnamon keluarkan air dengan aliran yang konsisten walaupun tekanan air paip di rumah rendah.

Pilihan isipadu Cinnamon
02

Satu sentuhan, isipadu pilihan.

Pilih 250 ml, 500 ml atau 1,000 ml dan sentuh sekali. Senang isi gelas, botol atau jag ikut keperluan.

Reka bentuk langsing Coway Cinnamon
03

Langsing, muat di mana-mana.

Lebar hanya 200 mm dan berat 6.5 kg. Reka bentuk ringkas warna beige yang padan dengan kebanyakan dapur.

Cinnamon muat di ruang kecil

Muat di dapur kecil

Saiz kecil untuk kaunter sempit atau sudut dapur.

Panel sentuh Cinnamon bercahaya, 500 ml dipilih

Panel sentuh bercahaya

Lampu lembut menunjukkan isipadu yang dipilih.

Faucet Cinnamon boleh ditanggalkan

Faucet boleh ditanggalkan

Tanggalkan untuk dicuci dengan mudah.

DI DALAM MESIN

Langkah
penapisan.

Empat filter, enam langkah penapisan. Semua filter disahkan WQA dan Halal, dan langkah 1 hingga 5 menggunakan komponen yang disahkan NSF.

  1. Filter Plus Neo-Sense
    LANGKAH 1 & 2

    Plus Neo-Sense CNFN8S-PLUS

    Sediment + Pre-Carbon. Membuang zarah, klorin, sebatian organik meruap (VOC) serta bendasing organik dan bukan organik yang terlarut.

  2. Filter RO Membrane
    LANGKAH 3

    RO Membrane CRMFN8S-20-N2

    Membuang bahan cemar seperti logam berat, bahan kimia organik berbahaya, mikrob dan bahan radioaktif.

  3. Filter Plus Inno-Sense
    LANGKAH 4 & 5

    Plus Inno-Sense CIFN8S-PLUS

    Post-Carbon + Fine. Mengurangkan bau dan memperbaiki rasa air.

  4. Filter Antibacterial
    LANGKAH 6

    Antibacterial

    Menghalang mikroorganisma membiak di dalam tangki air.

Bila filter ditukar?

FilterServis 2 bulanServis 4 bulan
Plus Neo-Sense6 bulan8 bulan
RO Membrane24 bulan24 bulan
Plus Inno-Sense18 bulan20 bulan
Antibacterial12 bulan12 bulan

Tempoh tukar filter berdasarkan penggunaan biasa. Kalau kualiti air atau penggunaan luar biasa, filter tambahan mungkin diperlukan dan boleh dikenakan caj.

PLAN & HARGA

PILIH PLAN.
HARGA TERUS NAMPAK.

Pilih tempoh kontrak dan jenis servis. Harga biasa dan promo ditunjuk berasingan, jadi anda tahu berapa bayaran selepas promo tamat.

Tengok semua harga plan
PlanServisHarga biasaPromo*
3+2 (5 Tahun)Heart Service setiap 2 bulanRM86.92/blnRM21.2/bln × 7 bln
5+0 (5 Tahun)Heart Service setiap 2 bulanRM62/blnRM20/bln × 7 bln
7+0 (7 Tahun)Heart Service setiap 2 bulanRM42/blnRM20/bln × 7 bln
3+2 (5 Tahun)Heart Service setiap 4 bulanRM76.32/blnRM21.2/bln × 7 bln
5+0 (5 Tahun)Heart Service setiap 4 bulanRM52/blnRM20/bln × 7 bln
7+0 (7 Tahun)Heart Service setiap 4 bulanRM32/blnRM20/bln × 7 bln
Beli terusHeart Service setiap 2 bulanRM2,490—
Beli terusHeart Service setiap 4 bulanRM2,290—
CINNAMON / PILIHAN ANDA
Cara bayaran
Servis

CODY datang setiap 4 bulan. Monthly lebih rendah, jadual tukar filter sedikit berbeza.

Tempoh kontrak

Kontrak penuh 7 tahun. Tamat awal dikenakan penalti.

BULAN 1–7*RM20/bulan
MULAI BULAN 8RM32/bulan

7+0 (7 Tahun) · Heart Service setiap 4 bulan

Sewa bersama 1 lagi produk, bayar RM28 RM32/bulan mulai bulan 8 sampai habis kontrak.

Buat combo

Yuran pendaftaran rental: RM0. *Promo RM20/bulan (RM21.20 untuk plan 3+2) untuk 7 bulan pertama, rental sahaja, tertakluk kelayakan. Harga dan promo ikut terma semasa Coway Malaysia dan boleh berubah. Promo hanya untuk rental. Selepas tempoh promo, bayaran kembali kepada harga biasa plan yang dipilih.

SPESIFIKASI

SPECS
PENUH.

Ukuran dan maklumat teknikal daripada Coway Malaysia.

Lukisan dimensi Cinnamon
Model
Cinnamon (P-6320R)
Warna
Beige
Kaedah penapisan
Reverse Osmosis
Kapasiti tangki
Air biasa 5.0 L
Filter & tempoh tukar
Plus Neo-Sense 6–8 bulan · RO Membrane 24 bulan · Plus Inno-Sense 18–20 bulan · Antibacterial 12 bulan
Kuasa
20 W
Dimensi (W × D × H)
200 × 400 × 405 mm
Berat bersih
6.5 kg
SERVIS & WARANTI

Heart Service sepanjang kontrak

  • Rental termasuk Heart Service oleh CODY sepanjang tempoh kontrak: servis berkala, sanitasi dan tukar filter ikut jadual.
  • Pembaikan oleh Coway Technician dan alat ganti tanpa caj tambahan selagi pakej servis aktif.
  • Beli terus termasuk servis percuma untuk 12 bulan pertama. Selepas itu boleh langgan Service Membership.
SOALAN BIASA

TANYA DULU
SEBELUM PILIH.

Cinnamon ada air panas atau sejuk?

Tiada. Cinnamon hanya untuk air biasa (suhu bilik) dengan tangki 5.0 L. Kalau perlukan panas dan sejuk, tengok Neo Plus, Glaze atau Villaem III.

Tekanan air rumah saya rendah, boleh guna?

Cinnamon ada pam booster dalaman yang membantu aliran air kekal stabil walaupun tekanan air rendah.

Beza Heart Service 2 bulan dan 4 bulan?

Dengan servis 2 bulan, CODY datang lebih kerap dan filter Plus Neo-Sense ditukar setiap 6 bulan. Servis 4 bulan lebih jarang dan monthly RM10 lebih rendah, dengan Plus Neo-Sense ditukar setiap 8 bulan.

Promo RM20 tu untuk berapa lama?

Promo rental RM20 sebulan untuk 7 bulan pertama (RM21.20 untuk plan 3+2). Lepas itu bayaran ikut harga biasa plan yang dipilih. Beli terus tiada promo RM20.

Kalau beli terus berapa?

RM2,290 dengan Heart Service 4 bulan atau RM2,490 dengan Heart Service 2 bulan. Kedua-duanya termasuk servis untuk 12 bulan pertama, dan ada pilihan ansuran 0% sehingga 36 bulan.

Sumber daripada Coway Malaysia, disemak 8 Oktober 2026:Coway Malaysia: CinnamonCoway eMall: CinnamonCoway Malaysia: FAQ
WhatsAppTENGOK BEZA MODEL

COMPARE DULU.

FIND MY COWAY / 2 SOALAN JE

NAK CARI
COWAY APA?

Pilih kategori dan had monthly selepas promo. Harga ikut model dan plan.

Nak upgrade apa?
Budget monthly selepas promo?